TAHNIAH!!Dr D Kamarudin, Naib Canselor UMS Ke-5

TAHNIAH!!Dr D Kamarudin, Naib Canselor UMS Ke-5

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin dilantik sebagai Naib Canselor UMS ke-5 berkuat kuasa 18 Jun ini.

Dr. D Kamarudin, 49, bakal menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah yang bersara pada 17 Jun ini.

Menurut Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Canselori UMS, pelantikan itu sekali gus menjadikan Dr. D Kamarudin sebagai anak kelahiran Sabah ketiga memegang jawatan tertinggi universiti tersebut selepas Mohd. Harun dan Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruzaman Ampon.

Katanya, anak kelahiran Kota Belud itu merupakan Profesor Gred Khas C (Perubatan) dengan kepakaran dalam bidang Anesthesiologi selain pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor pada April 2015.

“Beliau yang mula menyertai UMS pada 2004, sebelum ini berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan di Hospital Queen Elizabeth selama 12 tahun dan merupakan Pakar Bius tempatan pertama.

“Pelantikan beliau juga diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan rasmi hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.