Tempoh Reman 5 Suspek Pukul Lelaki Hingga Maut, Disambung 4 Hari

Tempoh Reman 5 Suspek Pukul Lelaki Hingga Maut, Disambung 4 Hari

0
SHARE
Lelaki maut selepas diikat dan dipukul di Taman Pelangi, Semenyih 2

KAJANG: Tempoh tahanan reman terhadap lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes ikat dan pukul lelaki sehingga maut di Taman Pelangi, Semenyih 2 pada 20 Februari lalu disambung hingga empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lima suspek, iaitu lelaki berusia 22 hingga 52 tahun disambung reman sehingga 29 Februari ini bagi membantu siasatan. 

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki bukan hanya ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan bahkan tangannya diikat dan mangsa dipukul hingga maut.

Kejadian tragis itu berlaku selepas mangsa yang memandu kereta Proton Saga kelabu telibat dalam kemalangan dengan penghantar makanan.

Selepas kemalangan itu berlaku, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Susulan itu, polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 52 tahun di sekitar Kajang dan Semenyih beberapa jam selepas kejadian.