Tenang FC Juara Kejohanan Bola Sepak Anjuran UMNO KDMR Sepanggar

Tenang FC Juara Kejohanan Bola Sepak Anjuran UMNO KDMR Sepanggar

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tenang FC muncul johan dalam pertandingan bola sepak enam penjuru yang dianjurkan oleh UMNO KadazanDusun, Rungus dan Murut (KDMR) Sepanggar selama dua hari berakhir kelmarin.

Tenang FC membawa pulang wang tunai RM1,000.

Naib Johan disandang oleh pasukan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan hadiah tunai RM600, manakala tempat ketiga ialah pasukan Kudat FC sebanyak RM400.

Kesemua peserta pertandingan juga membawa pulang piala dan pingat kejohanan.

Pemain terbaik dimenangi oleh Rozaimi Abdul Rahman daripada Tenang FC, yang juga bekas pemain Sabah FC, Johor Darul Takzim II dan Kedah FC.

Pengerusi UMNO KDMR Sepanggar, Romeo Ansow mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berharap pertandingan seumpama ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan semangat kesukanan dalam kalangan belia.

Katanya, kejohanan berlangsung dengan baik di mana pembukaan pertandingan di adakan sejak 6 November.

“Cuaca semasa kejohanan berlangsung juga baik,” ujarnya.

Hafidz (kanan) menyerahkan cendera kenangan kepada salah seorang pengurus pasukan sambil disaksikan oleh Romeo (tengah)…

Kejohanan tersebut diadakan di Padang Sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Sepanggar, Hafidz Yakub Khan.

Romeo yang juga Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan mengucapkan terima kasih dan sokongan daripada Datuk Yakub sendiri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai.

Kejohanan tersebut juga telah disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi UMNO KDMR Sepanggar ‘Onsoi Tokou’.

Turut hadir dalam kejohanan berkenaan ialah AJK Pemuda UMNO Sepanggar, Azmi Harris.