Kes Curi Motosikal Dirakam CCTV, Polis Giat Buru Suspek

Kes Curi Motosikal Dirakam CCTV, Polis Giat Buru Suspek

0
SHARE

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu sedang giat mengesan seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di daerah ini, susulan satu laporan polis yang diterima baru-baru ini.

Dalam kenyataan, pihak polis turut mengemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian kecurian motosikal tersebut, yang kini dijadikan bahan penting bagi membantu siasatan.

Polis memaklumkan rakaman CCTV itu sedang dianalisis bagi mengenal pasti suspek serta pergerakan individu terlibat sebelum dan selepas kejadian berlaku.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian, mengenali individu yang dirakam dalam video berkenaan atau memiliki rakaman tambahan diminta supaya tampil membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sjn Mohamad Hanif di talian 016-802 1981, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang awam amat dihargai tegas kenyataan itu bagi membantu siasatan dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.