KOTA KINABALU, SABAH – Seramai tujuh menteri mengambil bahagian dalam Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Menteri yang mengemukakan penggulungan perbahasan antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.
Terdahulu, sidang Dewan Undangan Negeri ke-16 yang masuk hari ketiga itu menyaksikan sebanyak sembilan soalan daripada pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan sempat dijawab.
Sidang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya. — JABATAN PENERANGAN SABAH





