TULAR VIDEO PENYAMPAI TV BUAT PENGAKUAN SECARA ‘LIVE’ TIDAK DIBAYAR GAJI OLEH...

TULAR VIDEO PENYAMPAI TV BUAT PENGAKUAN SECARA ‘LIVE’ TIDAK DIBAYAR GAJI OLEH MAJIKAN

0
SHARE
Kabinda Kalimina...

LUSAKA, ZAMBIA – Seorang penyampai berita televisyen di Zambia mengadu dan meluahkan secara langsung (LIVE) pengakuan dia dan rakan sekerjanya tidak dibayar gaji oleh majikan pada sesi buletin berita.

Kabinda Kalimina, membuat pengakuan yang mengejutkan itu ketika siaran langsung (LIVE) sebuah program di saluran stesen televisyen KBN TV.

Memetik laporan NDTV, Kalimina sebelum itu memulakan rancangan seperti kebiasaannya dengan membaca berita secara langsung pada Sabtu sebelum dia tiba-tiba berhenti membuat keluhan yang dihadapinya bersama rakan sekerja lain.

“Kita adalah manusia dan harus dibayar (gaji) namun KBN TV masih belum membayar gaji kami…

“Saya dan rakan yang lain tidak dibayar gaji lagi. Kami harus dibayar (gaji),” katanya.

“Sayangnya, di KBN kita belum dibayar. Sharon dan orang lain belum dibayar, termasuk saya. Kita harus dibayar,” tambahnya lagi yang merujuk kepada rakan yang senasib dengannya.

VIDEO tular Kabinda Kalimina yang mengejutkan apabila membuat pengakuan dia dan rakan sekerjanya tidak dibayar gaji oleh majikan secara langsung (LIVE) ketika membaca berita.

Free Press turut melaporkan bahawa Kennedy K Mambwe, Ketua Pegawai Eksekutif KBN TV yang menyedari perkara itu telah mengecam tindakan pembaca berita tersebut itu menerusi catatan Facebook sambil mendakwa Kalimina mengalami mabuk ketika itu.

“Sebagai KBN TV, kami dikejutkan dengan tingkah laku mabuk yang ditunjukkan melalui klip video yang menjadi viral di media sosial dan dipentaskan oleh salah seorang penyampai sambilan kami selama ini yang seharusnya menjadi buletin berita utama semalam,” menurut kenyataan itu.

“Sebagai pihak pengurusan, kami sedang menjalankan penyelidikan untuk menentukan bagaimana penyampai berita itu bertugas ketika sedang mabuk, dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap siapa saja yang mungkin ikut serta dalam perkara ini,” tambah Kennedy dalam kenyataan itu.

Kesan daripada perkara ini yang tular, pengurusan KBN TV kemudiannya memecat Kalimina untuk terus bekerja di stesen televisyen itu.