KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negera ini akan mula berpuasa pada Selasa ini bersamaan 12 Mac 2024.
Tarikh itu telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada jam 8 malam tadi.
Katanya, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Tarikh penting itu diumumkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah, pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah iaitu hari ini.






