SELANGOR – Sedar atau tidak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor, Selangor sudah pun memasuki hari keempat, hari ini.
Selain kekuatan dan kebijaksanaan manusia menjayakan operasi SAR tersebut, ada makhluk lain yang turut “berpadu tenaga” dalam memastikan mangsa-mangsa tertimbus dapat ditemui di lokasi kejadian yang menyayat hati itu.
Demikian kata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Menurutnya, agensi keselamatan negara itu berkata pihak mereka telah menurunkan sebanyak enam ekor anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah yang mana, dua daripadanya ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat).
“Dari ‘raut wajah’ Leo dan Reed, dapat dilihat kesungguhan dan keletihan yang dialami oleh kedua-dua ekor wira tidak didendang ini, demi memastikan baki sembilan lagi mangsa yang hilang berjaya ditemui semula…