UNIT PERMOHONAN LESEN KONTRAKTOR PUKONSA TERLALU LEMBAB MACAM KURA-KURA

UNIT PERMOHONAN LESEN KONTRAKTOR PUKONSA TERLALU LEMBAB MACAM KURA-KURA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Unit lesen kontraktor lesen Pusat Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA) di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah amat lembab.

Menurut beberapa pemohon yang menghubungi portal SabahNews mengadu mereka amat kecewa kerana proses permohonan lesen ketika ini mengambil masa hampir ENAM (6) bulan, malahan ada sesetengah permohonan kelulusan mengambil masa sehingga setahun.

Menurut pengadu yang enggan nama mereka disiarkan berkata, selepas PUKONSA menukar permohonan lesen melalui platform atas talian (online) masalah ini mula timbul.

“Kura-kura berjalan dari kk ke Tawau lebih cepat dari unit Pukonsa…

“Alasan pertanyaan (quiries) berulang-ulang kali menjadi penyebab lesen lewat lulus. Apa yang menghairankan apabila pihak pemohon telah mengemaskini dokumen berkaitan, pihak PUKONSA pula akan hanya menjawab selepas hampir sebulan dan selepas itu dokumen lain pula perlu disediakan.

“Sebagai contoh pemohon lesen telah memuat naik penyata akaun terkini, tetapi kerana kecuaian dan sikap sambil lewa pihak PUKONSA meminta semula pemohon untuk mengemas kini penyata akaun terkini, macam mana penyata akaun terkini boleh lulus kalau pihak PUKONSA hanya menjawab dalam sistem selepas 2 hingga ke 3 bulan, sudah tentu penyata akaun tersebut perlu dikemas kini semula,” kata mereka.

Pihak wartawan SabahNews turut melihat bukti yang dimaksudkan yang mana ramai pemohon terpaksa menunggu hampir setahun untuk mendapatkan status lesen mereka lulus susulan daripada masalah yang timbul ini.

“Ramai pemohon berhadapan dengan situasi sukar ketika ini disebabkan ramai pemohon yang tinggal jauh di luar Kota Kinabalu.”

“Kami yakin dan percaya Ketua unit termasuk semua kakitangan sebenarnya faham situasi ini, malahan ruangan komen di Facebook Unit PUKONSA turut menghapuskan ruangan komen untuk pengguna.”

Ruangan komen Facebook Unit PUKONSA turut dinyah aktifkan khuatir komen aduan pengguna…

“Kami berharap agar Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan yang baharu Datuk Seri Panglima Masidi dapat merombak keseluruhaN unit lesen Pukonsa…

“Ambil tindakan dengan kadar segera, tukar kesemua kakitangan dengan graduan baharu yang ramai menganggur di luar sana.

“Selari dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ), unit lesen PUKONSA seharusnya mencontohi unit lesen DBKK termasuk PMS yang amat proaktif,” mereka berkata lagi.