VIDEO VIRAL HERO SELAMATKAN ANAK KECIL HAMPIR TERJATUH BANGUNAN

VIDEO VIRAL HERO SELAMATKAN ANAK KECIL HAMPIR TERJATUH BANGUNAN

0
SHARE

SEBUAH video di aplikasi TikTok tular di mana seorang lelaki berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir terjatuh di sebuah pangsapuri.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak itu mungkin bersendirian di rumah dan bermain sehingga memanjat keluar beranda rumah setinggi tiga tingkat.

Bagaimanapun, hal tersebut disedari ramai orang awam dan tanpa membuang masa, seorang individu bertindak untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut…

Menerusi video itu, seorang lelaki dilihat keluar menerusi beranda rumah jiran kanak-kanak itu dan seterusnya mengangkat masuk kanak-kanak itu ke dalam rumah.

Ketangkasan dan keberanian lelaki tersebut juga mendapat pujian ramai netizen kerana sanggup bergadai nyawa.

“Individu ini sewajarnya digelar ‘WIRA’ (HERO) apabila sanggup menggadai nyawanya sendiri untuk menyelamatkan mangsa,” kata seorang netizen.

“Abang itu boleh dapat pangkat kepujian atas keberanian. Satu nyawa amat berharga, Tahniah abang!,” kata seorang lagi.

Seorang lagi pengguna media sosial berkata: “Alhamdulillah abang tu betul-betul ‘hero’. Mana mak ayah budak tu?”