Warga Palestin Hadapi ‘Perang Genosid’ Oleh Serangan Israel – Abbas

Warga Palestin Hadapi ‘Perang Genosid’ Oleh Serangan Israel – Abbas

0
SHARE

RAMALLAH – Rakyat Palestin menghadapi satu ‘perang genosid’ di tengah-tengah serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad baru-baru ini.

Beliau berkata ‘perang genosid’ Israel itu tidak akan meruntuhkan tekad Palestin menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

“Kami akan berpegang teguh pada tanah kami dan meneruskan perjuangan sehingga kami mencapai kemenangan dan kemerdekaan,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-59 revolusi Palestin.

Pemimpin Palestin itu menegaskan wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza adalah satu unit geografi yang tidak boleh dipisahkan, berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau turut menggesa perang Israel di Semenanjung Gaza dihentikan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu dipercepatkan.

“Persidangan damai antarabangsa perlu diadakan bagi menamatkan pendudukan Israel di semua wilayah Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya dan kepulangan pelarian mengikut Resolusi PBB 194,” katanya.

– BERNAMA-ANADOLU