Wujud Lagi 2 Kluster Di Sabah Berpunca Daripada Pekerja Kilang Dan Anjuran...

Wujud Lagi 2 Kluster Di Sabah Berpunca Daripada Pekerja Kilang Dan Anjuran Majlis Doa Selamat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu positif COVID-19 Sabah mencatatkan 163 KES pada kelmarin (Ahad) yang mana menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 38 kes.

Daerah Tawau juga kembali sebagai daerah penyumbang tertinggi kes harian Sabah dengan 37 kes.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, DUA (2) kluster dikesan pada Ahad iaitu di Jalan Bundusan, Penampang dan Kampung Nelayan Tengah di Sandakan.

“KLUSTER JALAN BUNDUSAN melibatkan para pekerja di kilang pemprosesan makanan di Penampang…

“Kes indeks merupakan pekerja lelaki, 43, yang dikesan positif pada 19 Jun melalui saringan bersasar di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu namun tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Berikutan kes itu, majikan melaksanakan saringan RTK di tempat kerja dan mendapati lapan (8) lagi kes positif dalam kalangan kontak rapat menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah sembilan (9) kes,” kata Masidi.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 20 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Manakala, ‘KLUSTER NELAYAN TENGAH’ berkait rapat dengan penganjuran majlis doa selamat pada 13 Jun di kampung terbabit.

“Kes indeks adalah wanita, 45, yang disahkan positif di Klinik Mansor pada 16 setelah mengalami gejala demam dan insomnia sejak 11 Jun…

“Saringan terhadap 45 kontak rapat kemudiannya menemukan 24 lagi kes positif manakala 21 kontak masih lagi menunggu keputusan,” katanya.