KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 di Sabah menurun 10 kes dari hari sebelumnya yang membawa kepada jumlah 232 KES kelmarin (Khamis).
“Lima (5) kes kematian direkodkan iaitu dua (2) kes di daerah Kota Kinabalu dan tiga (3) kes di Kudat,” kata Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Lagi SATU (1) kluster baharu juga dikesan di Kampung Nabaha di Kota Belud yang berpunca daripada majlis pengebumian pada 11 Jun.
“Kes indeks adalah seorang lelaki, 57, yang bergejala demam tiga hari selepas pengebumian itu dan disahkan positif di Hospital Kota Belud pada 20 Jun…
“Saringan terhadap 136 individu terdiri daripada ahli keluarga serta kontak rapat mendapati 26 lagi kes positif,” katanya.

Dalam pada itu, TUJUH (7) lokaliti diperkenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Ini termasuk Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung di Tawau, Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu, Kampung Lingkodon di Kota Belud, Kampung Pintas Kubu di Beaufort,Kampung Muhibbah di Putatan dan Kampung Goshen di Kota Maurdu,” katanya.





