Yonnyboii dan Jobranko Jalin Kolaborasi Dalam Acara ‘Sentuhan Nadi’

Yonnyboii dan Jobranko Jalin Kolaborasi Dalam Acara ‘Sentuhan Nadi’

0
SHARE
Yonnyboii
Jobranko (kiri) dan Yonnyboii (kanan)

KUALA LUMPUR – Kesinambungan daripada kolaborasi antara penyanyi generasi baharu, Yonnyboii dan pemain gitar legenda, Jobranko dalam lagu ‘Nadi’ pada bulan Jun lalu pada satu sesi pertemuan eksklusif bersama peminat diadakan pada acara ‘Sentuhan Nadi’ bertempat di lokasi ikonik, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memetik sumber kitareporters com, seramai 20 peminat bertuah berpeluang meluangkan masa bersama mereka dari jam tiga petang hingga enam petang yang bakal melengkapkan satu momen intim.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna; Pengarah Kanan, Strategi Komersial dan Digital Universal Music, Ivan Koh; Pengurus Pemasaran Dalam Negeri Universal Music, Balqis Sharudin dan Pengarah Kanan, A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng.

Acara terbabit bertujuan menghargai peminat serta penyokong karier muzik Jobranko di mana 20 peminat bertuah menjadi tetamu eksklusif terpilih daripada peraduan ‘cover’ lagu Nadi yang diadakan 6 Ogos hingga 28 Ogos 2024 lalu.

Peraduan berkenaan dilakukan menerusi media sosial di mana peserta perlu memuat naik cover terbaik Nadi dengan versi sendiri. Mereka perlu meletakkan #SentuhanNadi dan #NadiSongCover dalam hantaran video masing-masing.

Sehubungan itu, acara ini menjadi kemuncak untuk menobatkan siapakah daripada 20 peminat itu yang akan membawa pulang sebuah gitar istimewa ditaja oleh Music Bliss Malaysia bersama ERA, yang siap ditandatangani Jobranko dan Yonnyboii.