ZAHID HAMIDI SAHKAN MUAFAKAT NASIONAL SUDAH BERKECAI?

ZAHID HAMIDI SAHKAN MUAFAKAT NASIONAL SUDAH BERKECAI?

0
SHARE
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan baru-baru ini mengesahkan seolah-olah Muafakat Nasional (MN) telah berkecai dan tiada lagi.

Ini selepas satu petikan video yang tular melalui myTV Online berkenaan wawancara yang menunjukkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mempersoalkan kewujudan gagasan Muafakat Nasional (MN) berkenaan.

“Ada tak Muafakat Nasional ni lagi?…

“Kalau apa yang dipanggil oleh netizen bahawa UMNO ini dikhianati, saya fikir lagi elok UMNO terus bertanding secara ‘solo'(sendiri) dengan menggunakan panji-panji Barisan Nasional, dan kita fikir elok Kerusi ini ‘free for all’ (terbuka kepada semua).

Dan kalau kita mahu membentuk Kerajaan, selepas parti-parti yang bertanding di seluruh negara mendapat keputusan berapa kerusi yang diperolehi parti-parti itu dan ketika itu,” respon beliau kepada persoalan moderator wawancara tersebut.

Melalui video itu, moderator wawancara mempersoalkan berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) bertanding bersama Muafakat Nasional, berapa banyak kerusi parlimen yang dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri boleh diperintah oleh Muafakat Nasional (MN).

VIDEO Zahid Hamidi menjawab persoalan yang diajukan kepadanya melalui satu wawancara yang dipetik daripada myTV Online…

Untuk rekod, Muafakat Nasional (MN) merupakan sebuah gagasan kerjasama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang mana telah dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia untuk mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam Muafakat Nasional itu telah ditandatangani oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 yang lalu.

Piagam Muafakat Nasional itu telah ditandatangani oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019…