SHAH ALAM: Sebanyak 1,800 mangkuk Bubur Lambuk diagihkan kepada penduduk PPR HICOM dalam satu program komuniti sempena Ramadan yang dianjurkan menerusi inisiatif MAGGI® Bubur Lambuk Berkat Setempat, sekali gus menyemarakkan tradisi gotong-royong dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat setempat.
Program berkenaan menghimpunkan sukarelawan komuniti, tukang masak serta rakan kerjasama untuk menyediakan hidangan tradisi Ramadan itu secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar menjelang waktu berbuka.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia, Ivy Tan Link Cheh, berkata pihaknya berbesar hati dapat berganding bahu dengan komuniti setempat bagi menjayakan program berkenaan.
“Tradisi Bubur Lambuk mencerminkan semangat kebersamaan dan gotong-royong yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia. Di PPR HICOM hari ini, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan rakan komuniti untuk menyediakan dan mengagihkan sebanyak 1,800 mangkuk Bubur Lambuk kepada penduduk setempat.
“Kami berharap usaha seperti ini bukan sahaja dapat menyantuni masyarakat, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus memelihara dan meneruskan tradisi ini,” katanya.

Secara keseluruhan, inisiatif MAGGI® Bubur Lambuk Berkat Setempat pada tahun ini menghimpunkan masjid, persatuan penduduk, institusi pengajian tinggi serta pelbagai organisasi tempatan untuk menyediakan dan mengagihkan lebih 400,000 mangkuk Bubur Lambuk di lebih 300 lokasi di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata syarikat itu percaya jenama perlu sentiasa dekat dengan komuniti yang telah menyokongnya sejak sekian lama.
“Tradisi Bubur Lambuk mencerminkan nilai kebersamaan, kepedulian dan semangat berkongsi yang amat dekat dengan rakyat Malaysia. Melalui inisiatif seperti MAGGI® Bubur Lambuk Berkat Setempat, kami berharap dapat terus menyokong komuniti tempatan sambil memberi ruang kepada generasi muda untuk turut sama meneruskan tradisi yang bermakna ini,” katanya.
Selain menyumbang bahan masakan, MAGGI® turut menyediakan bumbu serta panduan memasak bagi memastikan penyediaan berjalan lancar dengan rasa yang kekal mantap. Penggunaan MAGGI® CukupRasa™ membantu memastikan hidangan yang dimasak secara gotong-royong dalam jumlah besar kekal lazat dan konsisten.
Inisiatif itu turut diperluaskan ke beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kerjasama juga dijalinkan bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Suri Rumah Rahmah (SRR) serta Penerokawati, yang turut melibatkan mahasiswa dan kumpulan wanita komuniti dalam penyediaan serta pengagihan Bubur Lambuk.
Ketua Pasukan Memasak Bubur Lambuk Masjid UPM, Aishah Azizi, berkata penglibatan pelajar dalam program berkenaan memberi pengalaman bermakna kepada generasi muda.
“Ia bukan sekadar tentang menyediakan Bubur Lambuk, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda untuk memahami nilai gotong-royong, menghargai tradisi dan meneruskan warisan budaya yang telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat kita,” katanya.
Dalam masa sama, kerjasama dengan rakan peruncit seperti Segi Fresh dan Econsave membantu memperkukuh penyediaan bahan segar serta memperluaskan penglibatan komuniti setempat.
Selain dapur komuniti, inisiatif Ramadan MAGGI® turut merangkumi dapur di rumah menerusi cadangan resipi mudah untuk sahur, berbuka puasa dan persiapan Aidilfitri bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai penyedia hidangan untuk memasak dengan yakin sepanjang musim perayaan ini.
Melalui aktiviti Bubur Lambuk di seluruh negara, inisiatif digital serta sokongan berterusan kepada tukang masak komuniti dan di rumah, MAGGI® terus mengukuhkan peranannya sebagai antara jenama yang sinonim dengan tradisi masakan Ramadan di Malaysia.






