KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah telah menghantar bantuan untuk mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru kelmarin.
Presidennya David Chan berkata menyeru lebih ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat di Sabah diminta tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan mangsa kebakaran di negeri inu.
Beliau berkata sebanyak 40 buah keluarga yang telah pun kehilangan rumah dan harta benda.

“Namun kami bersyukur dalam kejadian ini tiada kehilangan nyawa berlaku. Melalui program ini secara tidak langsung kita menjalin hubungan silaturahim baharu antara sesama masyarakat dan ini adalah perkara yang baik untuk kita semua kerana saya yakin, semua agama amat menuntut kita untuk melakukan kebaikan dan mengeratkan silaturahim sesama kita,” kata David ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan kelmarin.
Persatuan Pengguna Bijak Sabah telah menyumbang 40 kotak air mineral dan 10 kotak maggi untuk kegunaan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tanjong Aru.

Dalam kejadian itu Kira-kira 25 rumah di perkampungan atas air, Kampung Tanjung Aru, di sini, musnah dalam kebakaran, pada Ahad lalu.
Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di kawasan berkenaan sebelum merebak ke rumah.
Sebanyak 25 rumah musnah dan pasukan bomba berjaya menyelamat sebanyak 986 rumah lagi di kawasan perkampungan atas air berkenaan.





