Detik Cemas Nelayan Dikejar Makhluk Misteri

Detik Cemas Nelayan Dikejar Makhluk Misteri

0
SHARE
Gambar rakaman seekor makhluk misteri yang dikatakan mengejar seorang nelayan di Brasil...

BRASILIA, BRAZIL – Situasi mendebarkan seorang nelayan sempat dirakam apabila beliau dikejar oleh seekor makhluk misteri yang bermata terang ketika keluar untuk menangkap ikan di laut.

Menurut laporan Daily Star, Nelayan yang berasal dari Brazil itu dikatakan cuba melarikan diri daripada makhluk tersebut menggunakan botnya apabila beliau diserang dari arah belakang di perairan Rio Grande do Soul, negeri selatan Brazil.

Ujarnya, walaupun dia cuba memecut botnya dengan laju menggunakan kelajuan tinggi, mahluk misteri tersebut tetap mampu mengejar botnya…

“Ia mahu menyerang saya,” demikian keterangan video berdurasi 47 saat yang dikongsinya di media sosial.

Klip berdurasi 47 saat itu membuatkan ramai para netizen bingung selepas ia disebarkan di Twitter, TikTok, dan Instagram.

Berdasarkan paparan video, makhluk misteri itu kelihatan panjang, berwarna hitam dan mempunyai mata menyala ketika sedang mengejar nelayan malang tersebut.

Ia dilihat berenang dan menyelam beberapa kali ketika sedang mengejar mangsanya.

Sementara itu ramai netizen di media sosial mengatakan bahawa mata mahkluk yang bersinar itu adalah kerana pantulan cahaya.

Mahluk itu akhirnya berhenti mengejar selepas dipukul oleh arus ombak daripada bot yang laju itu.

Ramai pengguna media sosial juga memberi pelbagai reaksi dan ada yang berkata ia mungkin seekor anjing laut. Anjing laut dikatakan boleh berenang pada kelajuan 35 kilometer sejam.

Tetapi makhluk yang dirakam oleh nelayan itu ternyata boleh bergerak lebih pantas…