KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Zahidi Zainul Abidin sah digugurkan daripada mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Nasib yang sama turut berlaku kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan calon BN bagi PRU15 malam ini menamakan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan akan bertanding di Parlimen Padang Besar menggantikan Zahidi.
Bagi Parlimen Ketereh pula, Annuar digantikan dengan Marzuani Ardila Ariffin manakala di Arau, Shahidan digantikan dengan Rozabil Abdul Rahman.





