PM Beri Ruang KM Cari Jalan Penyelesaian Terbaik Selesai Krisis Politik Sabah

PM Beri Ruang KM Cari Jalan Penyelesaian Terbaik Selesai Krisis Politik Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ruang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kepentingan Sabah.

Disamping itu, Anwar ketika ditemui pemberita di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya malam ini juga menyatakan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan hak kawal selia sumber gas akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), esok.

“Esok satu RUU (yang akan dibentangkan) dan ini satu perubahan besar. Bagi saya ini keutamaan.

“Kemudian kita bagi ruang untuk Ketua Menteri berbincang (mengenai krisis politik Sabah) dan mencari satu formula baik bagi kepentingan Sabah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Hajiji, Timbalan Perdana Menteri, Zahid dan rakan-rakan yang mendengar semua pandangan,” katanya.