Anggota APM Tongod Bantu Hantar 14 Pelajar SPM Ke Kampung Imbak

Anggota APM Tongod Bantu Hantar 14 Pelajar SPM Ke Kampung Imbak

0
SHARE
Foto: Ihsan APM Tongod

TONGOD: Seramai 14 pelajar menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah ini telah dihantar ke Kampung Imbak menelusuri sungai dengan bot, awal pagi tadi.

Kesemua pelajar telah dihantar oleh dua wakil anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama bantuan ketua kampung bermula pada jam 8.49 pagi. 

APM Sabah dalam satu kenyataan turut memaklumkan 14 pelajar SPM tersebut masing-masing berasal dari empat kampung di daerah tersebut, iaitu Kampung Keramuak (6 orang);

Seterusnya, Kampung Kuala Keramuak (5 orang); Kampung Kenang-Kenangan (2 orang); dan Kampung Tenaga Baru (1 orang).

“Anggota APM di bantu bersama dengan ketua kampung menghantar pelajar SPM ke Kampung Imbak yang akan menduduki Peperiksaan SPM pada esok (3 Feb).

“Anggota APM bersama ketua kampung dan 14 pelajar tersebut telah selamat tiba di kampung Imbak pada jam 9.50 pagi,” jelas kenyataan itu, di sini, hari ini.