Miss World Derma RM300,000 Sokong Persatuan Autisme Sabah

Miss World Derma RM300,000 Sokong Persatuan Autisme Sabah

0
SHARE
Opal Suchata dan Dr Sean ketika ditemu ramah pengamal media hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Pegawai Eksekutif Miss World Organisation, Julia Morley, menyumbang RM300,000 bagi pembangunan Persatuan Autisme Sabah semasa lawatan Beauty With a Purpose 2026.

Sumbangan itu diumumkan Dr Sean Wong, Ketua Pegawai Eksekutif HyperLive Entertainment, yang mengetuai misi kemanusiaan di Sabah dari 4 hingga 10 Februari bersama Miss World 2025 Opal Suchata dan Miss World Malaysia 2025 Taanusiya Chetty.

“Morley diberi taklimat tentang rancangan menubuhkan kemudahan khas untuk memperluas program pembangunan kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.

“Beliau segera bersetuju menyumbang RM300,000 selepas dimaklumkan keperluan dana tersebut,” Dr Sean berkata.

Delegasi juga melawat Sekolah Pendidikan Khas Kota Kinabalu, di mana Morley menambah RM5,000 selepas terharu dengan persembahan muzik kanak-kanak pekak.

Misi Beauty With a Purpose menekankan projek lestari untuk memberi impak jangka panjang sambil mempromosikan Sabah di peringkat antarabangsa.