Aminah Mulakan Tugas Sebagai Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi

Aminah Mulakan Tugas Sebagai Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi

0
SHARE
Aminah meletakkan tanda nama ke perakam waktu sejurus beliau tiba ke pejabat Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi di Aras 12 Persiaran Perdana Putrajaya pagi tadi...

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Haji Aching memulakan tugasnya di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) did No 15 Aras 12 Persiaran Perdana Presint Putrajaya hari ini.

Beliau yang tiba pada jam 11 pagi disambut oleh pegawai pegawai kanan kementerian seterusnya sesi suai kenal bersama pegawai pegawai di Pejabat Timbalan Menteri (MPIC).

Diajukan soalan mengenai visi dan misi beliau setelah diberikan amanah untuk menjawat jawatan tersebut, Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata beliau akan mengadakan sesi perjumpaan dan mesyuarat bersama pegawai pegawai kanan kementerian terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai fungsi serta peranan kementerian tersebut.

“Kementerian ini agak besar dan tidak kurang dari 12 agensi dan majlis di bawah kementerian ini, justeru gambaran yang jelas tentang fungsi serta peranan kementerian serta agensi di bawahnya perlu diketuhai terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, sektor perladangan dan ekonomi bagi saya perlu diperkasakan kerana sektor ini adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara dan rakyat yang turut terjejas ketika negara dilanda pandemik Covid -19,” katanya.