ANNUAR MUSA DIPECAT DARI UMNO

ANNUAR MUSA DIPECAT DARI UMNO

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah dipecat menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan, semalam.

Memetik sumber, selain Annuar, mesyuarat MKT turut sebulat suara memutuskan untuk memecat dua ketua wanita bahagian UMNO dimana masing-masing merupakan Ketua Wanita UMNO Arau dan Ketua Wanita UMNO Maran.

Sementara itu, memetik sumber Berita Harian, Ahli MKT, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi selepas mesyuarat semalam menjelaskan ketiga-tiga individu terbabit dikenakan tindakan disiplin kerana mencela parti termasuk Presiden UMNO.

Dr Mohd Puad Zarkashi…

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci kepada pemberita berhubung identiti individu berkenaan sambil menjelaskan mereka bukan dalam kalangan MKT.