AS Beri Perlindungan Politik Kepada Remaja Singapura

AS Beri Perlindungan Politik Kepada Remaja Singapura

0
SHARE
Sumber Foto; Harian Metro

CHICAGO – Seorang remaja Singapura yang pernah dipenjara kerana menghina pengasas negara itu diberi perlindungan politik di Amerika Syarikat (AS), kata peguamnya kelmarin.

AFP melaporkan bahawa Amos Yee, 18, yang pernah dipenjarakan kerana video kontroversinya di Singapura ditahan pihak berkuasa AS ketika tiba di lapangan terbang Chicago pada pertengahan Disember tahun lalu.

Sebuah mahkamah rayuan imigresen pada Khamis lalu bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah rendah untuk memberi perlindungan politik kepada Yee.

Lembaga Rayuan Singapura berkata, remaja itu pernah dihukum kerana memuat naik kandungan di media sosial dan dia mungkin dihukum lagi jika kembali ke Singapura.

Peguam Yee, Sandra Grossman berkata, remaja itu dibebaskan kelmarin dari sebuah penjara berhampiran Chicago.

Yee dihukum penjara empat minggu kerana memuat naik video menyerang pengasas Singapura, Lee Kuan Yew pada Mac 2015 pada minggu yang sama mendiang meninggal dunia.

Pada 2016, Yee dihukum penjara enam minggu kerana menghina penganut agama Islam dan Kristian dalam beberapa video.