Atlet Israel Hancurkan Katil Yang Disediakan Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Atlet Israel Hancurkan Katil Yang Disediakan Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

0
SHARE

TOKYO, JEPUN – Atlet Israel, Ben Wanger yang berada di sini dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengambil tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan katil yang diperbuat daripada kadbod bagi membuktikan bahawa katil tersebut kukuh.

Dalam satu video tular di laman sosial jelas kelihatan atlet Israel itu bersama dengan LAPAN (8) lagi lelaki yang lain menguji kapasiti tempat tidur tersebut. Tempat tidur tersebut difahamkan hancur dilakukan oleh atlet Israel yang tidak bertanggungjawab.

Menurut sumber, katil tersebut bakal digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang akan turun pada bulan depan.

Tempat tidur dengan rekaan 100 peratus (100%) diperbuat daripada kadbod di Olimpik Tokyo kali ini menjadi objek tarikan di perkampungan Olimpik. Terdahulu ia tular dengan cerita bahawa katil ini dibuat bagi mengelak daripada aktiviti persetubuhan di antara atlet.

Namun tujuannya yang sebenar adalah tidak lain bagi menjaga alam sekitar kerana mampu untuk dikitar semula.

Memetik laporan portal berita The Vocket, syarikat Airweave iaitu pihak yang bertanggungjawab dalam pembuatan katil tersebut menyatakan bahawa teori itu palsu dan katil itu dibuat dengan teknologi kitar semula. Katil itu juga mampu menampung berat hampir 200kg.

“Mendapat banyak pertanyaan mengenai tempat tidur di Olympic Village, jadi hari ini kita akan memeriksa dan melihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memecahkan salah satu tempat tidur kadbod ini,” kata Wanger pada permulaan video tersebut, yang telah ditonton lebih daripada 400,000 kali sejak dimuat naik 24 jam yang lalu.

Pada mulanya, Wanger, anggota pasukan besbol Olimpik dari Israel yang juga pemain untuk pasukan AS Lancaster Barnstormers, melompat di atas katil yang mana kemudiannya seorang demi seorang naik untuk menyertai beliau melompat di atas katil sehingga rosak katil tersebut.

 

 

 

VIDEO jelas menunjukkan atlet Israel, Ben Wanger bersama dengan LAPAN (8) lagi lelaki yang lain melompat kasar menguji kapasiti tempat tidur sehingga rosak teruk (Sumber Video; Tribun Network)…

Tindakan Wanger itu jelas tidak disenangi orang ramai apabila ia merosakkan fasiliti yang telah disediakan secara percuma kepada atlet yang bertanding di Olimpik.

Selain daripada itu, ia bakal digunakan semula oleh atlet Paralimpik yang bakal bertanding di temasya yang sama bulan depan.