Bayi Baru Lahir Dibuang Di Laut Tanjung Aru Lama

Bayi Baru Lahir Dibuang Di Laut Tanjung Aru Lama

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang bayi yang baru lahir ditemui terapung dalam keadaan bogel di perairan laut berhampiran Kampung Tanjung Aru Lama, sini, pada Sabtu.

Pengadu dalam insiden 6.30 petang itu dikatakan sedang melalui sebatang jambatan kayu apabila telah disapa oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 tahun yang menanyakan tentang satu objek terapung di atas air sama ada ianya sebuah patung atau bayi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superitendan Kalsom Idiris berkata pengadu kemudian mengamati objek terapung tersebut dan mendapati ianya ialah mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan.

“Pengadu dengan bantuan penduduk berhampiran kemudian telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kes tersebut.

“Setakat ini polis kota kinabalu masih belum mendapat apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian dan bayi tersebut disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan.

“Polis Kota Kinabalu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung dengan Insp Hatikah Ahmad @ Abd Ghani ditalian 016-8337243,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat sementara kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.