BELANJAWAN 2021: BPN,BSH Diganti Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BELANJAWAN 2021: BPN,BSH Diganti Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

0
SHARE
Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz...

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Pembentangan Belanjawan 2021 hari ini memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat yang terkesan ekoran COVID-19.

Sebanyak RM2.2 bilion Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua bakal disalurkan kepada golongan terlibat pada Januari 2021.

“Bagi tahun 2020, BPN dan juga Bantuan Sara Hidup atau BSH, melibatkan penyaluran sebanyak 21 bilion ringgit kepada 10.6 juta penerima…

“Pada bulan Januari 2021, bayaran BPN2.0 fasa kedua sebanyak 2.2 bilion ringgit bakal disalurkan,” katanya.

Tengku Zafrul menjelaskan Kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar.

PERTAMA: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800;

KEDUA: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

KETIGA: Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih; dan

KEEMPAT: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

“Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH,” katanya lagi.