Belanjawan 2024: Lima Inisiatif Untuk Pendalaman

Belanjawan 2024: Lima Inisiatif Untuk Pendalaman

0
SHARE
Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri )

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM26 juta bagi menggiatkan pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat di pedalaman melalui lima kemudahan menerusi Belanjawan 2024.

Memetik sumber Berita Harian, Lima inisiatif itu ialah Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang menawarkan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan klinik bergerak oleh hospital pengajar universiti bagi memberi rawatan asas termasuk saringan awal kanser payudara.

Inisiatif itu turut membabitkan klinik pergigian bergerak dengan meluaskan perkhidmatan ke kawasan baharu di Penampang dan Keningau, Sabah; bank bergerak dengan kerjasama bank tempatan bagi membawa perkhidmatan perbankan ke kawasan pedalaman dan mahkamah bergerak khususnya membabitkan kes sivil.