Bomba Bantu Pemindahan Mangsa Banjir Di Sipitang

Bomba Bantu Pemindahan Mangsa Banjir Di Sipitang

0
SHARE

SIPITANG, SABAH – Seramai 15 orang mangsa banjir mendapat bantuan pemindahan daripada pihak Bomba kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Pegawai Operasi PBKII Shadan Bin Hj Basar berkata dua (2) buah keluarga dari Kampung Tanjung Lipis dan satu (1) dari Pantai Sipitang selamat dipindahkan menggunakan bot aluminium.

“Kesemua mangsa telah diambil dan dibawa ke rumah saudara mara oleh keluarga masing-masing…

“Operasi ditamatkan pada jam 2.50 pagi,” katanya.