
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh terus meningkat apabila mencatatkan lagi angka TERTINGGI setakat ini iaitu sebanyak 2,555 KES pesakit telah sembuh, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 49,056 kes (80.8%).
Menurut laporan KKM hari ini, SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 2,126 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 935 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 60,752 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,348 kes.
DARIPADA 935 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak empat (4) Kes import, manakala 931 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 110 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 47 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini juga, SABAH kembali menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 326 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 348 kes (0.6%).
