COVID-19: KKM LAPORKAN 1,309 KES SEMBUH, SEBANYAK 1,229 KES BAHARU DAN 4...

COVID-19: KKM LAPORKAN 1,309 KES SEMBUH, SEBANYAK 1,229 KES BAHARU DAN 4 KEMATIAN HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,309 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 69,393 kes (83.1%).

Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 769 KES.

Menurut laporan KKM hari ini (13 Disember 2020), SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 769 KES…

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 ketika ini berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,229 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 83,475 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 13,667 kes.

DARIPADA 1,229 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak dua (2) Kes import, manakala 1,227 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 115 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 65 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 435 KES dan diikuti NEGERI SABAH sebanyak 333 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini yang mana daripada Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 415 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (13 Disember 2020) sebanyak 435 KES daripada keseluruhan 1,229 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)