PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 2,340 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 192,679 KES (78.5%).
Namun, KKM tetap melaporkan kes hari ini masih lagi pada paras membimbangkan iaitu sebanyak 3,100 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 245,552 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 51,977 KES.

DARIPADA 3,731 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak saTU (1) Kes import, manakala 3,099 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 282 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 134 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,196 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 490 KES dan MELAKA sebanyak 344 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 24 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 896 KES (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
