COVID-19: KKM LAPORKAN 5 KEMATIAN, 1,348 KES BAHARU DAN HANYA 710 KES...

COVID-19: KKM LAPORKAN 5 KEMATIAN, 1,348 KES BAHARU DAN HANYA 710 KES SEMBUH

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 710 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 80,014 kes (81.0%).

Menurut laporan KKM hari ini, negeri SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 286 KES.

Menurut laporan KKM hari ini (23 Disember 2020), SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 286 KES…

Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih tinggi ketika ini dan berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,348 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 98,737 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 18,279 (18.5%) kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 23 Disember 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 1,348 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak 16 Kes import, manakala 1,332 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 102 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 44kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 535 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 226 KES dan SABAH sebanyak 189 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat LIMA (5) kes kematian direkodkan hari ini yang mana daripada Wilayah Persekutuan Labuan, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 444 kes (0.5%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (23 Disember 2020) sebanyak 535 KES daripada keseluruhan 1,348 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)