KUALA LUMPUR – Kes sembuh hari ini menunjukkan sedikit peningkatan yang baik apabila direkodkan sebanyak 634 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 14,351 kes (64.57%).
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian hari ini memaklumkan kes positif masih tinggi sebanyak 862 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes.
DARIPADA 862 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat dua (2) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 860 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 95 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat tiga (3) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu & Tawau) dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 193 kes (0.87%).