Dua Pengedar Syabu Penampang Ditahan

Dua Pengedar Syabu Penampang Ditahan

0
SHARE
Ipd
Salah seorang suspek disyaki pengedar dalam tahanan pihak IPD Penampang ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Bahagian Siasatan Narkotik Daerah Penampang menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1,550 dalam dua operasi berbeza baru-baru ini.

Tangkapan pertama dibuat pada Jumaat lalu sekitar 10 pagi dengan penahanan seorang lelaki 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.42 gram dianggarkan bernilai RM800.

“Manakala tangkapan kedua dibuat pada Rabu (24 April) jam lebih kurang 4.00 petang.

“Suspek seorang lelaki 37 tahun memiliki satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 5.14 gram dengan nilai pasaran RM750.

“Kesemua tangkapan didapati positif dadah jenis methamphetamine (meth) dan amphetamine (amp) hasil daripada ujian saringan awal air kencing dibuat.

“Kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 39 a (1) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sammy menyarankan ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah selain terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah.