Rumah Kampung Hungab Terbakar, Warga Emas Melecur

Rumah Kampung Hungab Terbakar, Warga Emas Melecur

0
SHARE
Kebakaran
Rumah mangsa yang dimusnahkan api lewat malam Rabu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki berusia 65 tahun melecur di bahagian belakang badan ketika rumahnya di Jalan Hiko, Kampung Hungab dijilat api, sini, semalam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung kes diterima pada pukul 10.47 malam.

Sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang sampai ke lokasi kejadian dalam masa lima minit.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan 30x50kaki terbakar 100 peratus.

Turut terbakar, dua buah kereta jenis perodua Kancil dan perodua Rusa terbakar 100 peratus.

“Mangsa, Fabianus Soon telah di hantar ke hospital oleh dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia,” seorang juruckap agensi berkata.

Katanya operasi terkawal pada pukul 11.34 malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 1.05 pagi hari ini.