Ebrahim Raisi Secara Rasminya Menjadi Presiden Iran Baharu

Ebrahim Raisi Secara Rasminya Menjadi Presiden Iran Baharu

0
SHARE
Ebrahim Raisi...

TEHRAN – Ebrahim Raisi secara rasminya menjadi Presiden Baharu selepas beliau memenangi Pilihan Raya Presiden Iran dengan memperoleh 62 peratus (62%) undi.

Dalam ucap tamanya sebagai Presiden Iran, Ebrahim Raisi, 60, mendedikasikan penghargaan kepada setiap rakyat Iran yang telah mengundinya sebagai pemimpin utama negara itu.

Beliau berharap dapat memikul tanggungjawab dengan baik sebagai tanda membalas jasa mereka sepanjang tempohnya memegang jawatan itu.

Menurut sumber, Presiden Iran sebelum ini iaitu Hassan Rouhani akan berundur pada Ogos ini.

Untuk rekod, Ebrahim akan mengambil alih tampuk pentadbiran Iran pada waktu kritikal ketika negara itu cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar.