Empat Wakil Sabah Akan Bersaing Untuk Mahkota Miss World Malaysia 2023

Empat Wakil Sabah Akan Bersaing Untuk Mahkota Miss World Malaysia 2023

0
SHARE
Miss world
Kapitan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong (tujuh dari kanan) dan Ken Oh (enam dari kanan) bersama finalis Miss World Malaysia 2023

KOTA KINABALU, SABAH – Empat finalis dari Sabah menyertai pertandingan Miss World Malaysia 2023 bersama 10 peserta lain dari seluruh negara.

Berlangsung di Sabah, empat finalis terbabit ialah Ellesha Meschille, Shu Wen Chai, Soen Tan dan Yvete Jace yang masing-masing mempunyai personaliti menawan dan misi yang menarik.

Isu berkaitan pendidikan, kanak-kanak dan kebajikan haiwan antara misi yang ingin diperjuangkan mereka berempat bagi merangkul gelaran Miss World Malaysia kali ini.

Pada Jumaat, kesemua finalis yang baru tiba di Kota Kinabalu diraikan dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Restoran The Crab House Seafood.

Sepanjang berada di sini, mereka akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman termasuk melihat pulau-pulau di Sabah, kerja-kerja amal dan kebajikan serta sentuhan mesra dengan masyarakat setempat.

Turut hadir pada majlis santai memperkenalkan kesemua finalis Miss World Malaysia 2023 itu ialah Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (USCCC), Kapitan Datuk Jimmy Tham Yuk Leong dan pemilik Restoran Makanan Laut The Crab House, Ken Oh.

Peserta lain untuk Miss World Malaysia 2023 ialah Adlyn Jayne Andrew, (Selangor), Lyna Tan (Selangor), Maria Misha (Sarawak), Natalie Ang (Pulau Pinang), Priya DK (Selangor), Rebecca Shalom (Johor), Saroop Roshi (Perak). ), Sisnitha (Pulau Pinang), Vaishanavi (Selangor) dan Xiao Zi (Pahang).

Sementara itu, HyperLive Festival Malaysia selaku penganjur Miss World Malaysia 2023 berkata, program realiti termasuk program awal itu akan diadakan dari 18 hingga 24 Ogos, diikuti acara kemuncak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 25 Ogos.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan menjadi tetamu kehormat Miss World Malaysia 2023 yang akan diadakan Jumaat depan.

Gala Amal HyperLive Festival Malaysia dan Majlis Makan Malam Anugerah akan diadakan di Pacific Sutera pada 26 Ogos.