KUALA LUMPUR – Kumpulan pimpinan UMNO Pro-Jajaran Baharu Zahid, Anwar dan DAP kelihatan semakin ‘BIADAP’ apabila menyerang pimpinan Parti PAS khususnya Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang.
Terkini Exco Pemuda UMNO Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin telah memuat naik satu hantaran MEMFITNAH dan MENGHINA Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang melalui laman media sosial Facebook miliknya.
Shahrul dalam kenyataannya berkata “Tuan Guru Haji Hadi Awang merupakan Duta Khas bertaraf Menteri tapi tak dijemput bersama dalam lawatan rasmi PM ke Arab Saudi.
“Setahu saya negara Arab Saudi adalah negara Timur Tengah belum lagi menjadi negara timur tepi (sambil memasukkan foto emoji menyindir).”

Umum mengetahui pada 16 Feb lalu, Tuan Guru Hadi telah dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan.

Menurut maklumat, Tuan Guru Haji Hadi tidak mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Arab Saudi kerana masalah kesihatan.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin pemuda PAS turut menegur Shahrul melalui laman sosial Facebook kerana memfitnah dan membuat sindiran yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda UMNO tersebut.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam kenyataan berkata; “Bro. Tok Guru tidak dapat travel jauh atas faktor kesihatan. Awak tu pemimpin pemuda. Pimpinlah anak buah supaya jadi elok, bukan jadi batu api.”

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar turut berkata; “Dia kata saja nak menyakat TG Ayoh Chik. Dalam keadaan kesihatan yang terbatas. Inilah dia Exco Pemuda UMNO, yang suka menyulitkan keadaan. Punca pecah belah. Inilah dia.”

Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli pula berkata; “Bukan begini cara nak popular wahai anak muda.. Saya dan sahabat-sahabat ada sahaja di sebelah anda. Sebab itu jangan sesekali merobek usaha murni sahabat-sahabat dalam berkawan. Menyindir Tuan Guru Presiden kami, bukan seperti mana yang saya kenal kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor. Mereka cukup tinggi akhlaknya. Jaga-jaga sikit.”

Hasil tinjauan wartawan Sabah News di laman sosial Exco Pemuda UMNO tersebut, hantaran penghinaan tersebut telah pun dipadam.
Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr Asyraf juga telah membuat satu hantaran foto FITNAH ke atas Parti BERSATU dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Walau bagaimanapun, foto baju Perikatan Nasional (PN) yang sedang dicetak dan ditularkan oleh Asyraf adalah foto lama semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 diadakan.






