Gagasan Rakyat Darau Konsisten dan Terus Komited Bantu Rakyat, Bukan Hanya Ketika...

Gagasan Rakyat Darau Konsisten dan Terus Komited Bantu Rakyat, Bukan Hanya Ketika Musim PRN – Razali

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat Darau, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi menegaskan bahawa parti itu kekal komited dalam usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara konsisten, bukan hanya ketika musim pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media selepas Program Sentuhan Kasih Gagasan Rakyat DUN Darau: Aidiladha Dirai Bersama semalam, beliau menekankan bahawa budaya kerja ikhlas dan berterusan adalah prinsip utama yang dipegang oleh Gagasan Rakyat di kawasan itu.

“Apa yang kita buat adalah secara konsisten, bukan di musim-musim pilihan raya saja. Kita tidak bosan melakukan amal kerana isi dan asasnya adalah keikhlasan,” katanya sambil menyatakan bahawa senyuman dan kebaikan yang dibawa ke kampung-kampung merupakan hasil nyata usaha mereka.

Menurut beliau, jumlah pengundi berdaftar di DUN Darau kini dianggarkan lebih 32,000 orang.

Menjawab soalan mengenai pendekatan politik yang diambil, beliau menegaskan bahawa Gagasan Rakyat tidak mengamalkan politik berlabel atau menyerang peribadi, sebaliknya meraikan individu yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

“Kita mendengar aspirasi rakyat dan mengamalkan sifat inklusif. Kita tidak fokus kepada ‘past glory’. Kita bergerak ke hadapan berpandukan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Gagasan Rakyat turut menekankan kepentingan kestabilan dalam kerajaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan dasar yang bermanfaat kepada rakyat.

“Masa sekarang, kita ada kerajaan yang berfungsi. Kita tidak hidup dalam ilusi. Hala tuju Sabah Maju Jaya menjadi panduan jelas untuk kita terus bergerak maju,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru agar segala usaha yang dilakukan dinilai oleh rakyat sendiri, sambil menegaskan bahawa fokus utama mereka tetap untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Terdahulu, dalam program itu, seramai 1,000 indivdiu kurang berkemampuan telah diberikan sumbangan kelupis oleh Gagasan Rakyat Darau sempena persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok.

Kelupis yang disumbangkan telah dibuat secara gotong-royoang oleh lebih 200 ahli Gagasan Rakyat Darau sejak malam Rabu.