Habis Lebih RM140 Juta Demi Majlis Perkahwinan Anak

Habis Lebih RM140 Juta Demi Majlis Perkahwinan Anak

0
SHARE

BEIJING: Perkahwinan pasangan pengantin baharu berjaya mencuri tumpuan dunia selepas membelanjakan 210 juta yuan (RM140.1 juta) untuk mengadakan majlis perkahwinan mewah.

Memetik South China Morning Post (SCAMP), majlis perkahwinan oleh keluarga Ye Guochun telah diadakan di Putian, wilayah Fujian, awal bulan ini.

Majlis perkahwinan pasangan pengantin, iaitu Ye Dingfeng bersama pengantin perempuannya Yang Hanying, diadakan di dewan tarian rumah mewah keluarga pengantin lelaki. 

Sepasang ‘naga kayu’ dan burung phoenix digantung di siling, manakala jambatan kecil dan ashtaka dengan gaya tradisional Cina bersama tanglung merah turut menghiasi kediaman.

Keluarga itu turut mengeringkan kolam ikan yang besar setaun sebelum majlis berlangsung supaya ia boleh digunakan untuk mengatur pentas majlis perkahwinan.

Gambar turut menunjukkan pengantin perempuan kelihatan tidak selesa kerana terpaksa memakai rantai yang dihias sekitar 100 gelang emas berat sehingga terpaksa membongkok.

Para tetamu dihidangkan makanan paling mahal seperti ketam raja, udang raja, sup sirip yu, sarang burung dan abalon (sejenis siput) dari Australia.

Setiap meja diletakkan sebotol wain Cina yang mahal, bernilai sekitar 1.5 juta yuan (kira-kira RM1 juta).

Salah seorang tetamu yang berkongsi klip video perkahwinan itu di Douyin berkata ia seperti sedang menghadiri majlis perkahwinan keluarga bangsawan pada zaman dahulu.

Papan di atas pentas memaparkan nama pengantin lelaki sebagai Ye Dingfeng dan pengantin perempuan, Yang Hanying.

Pengantin lelaki dipercayai anak lelaki Ye Guochun, pengerusi peruncit barang kemas emas terkemuka China, Lao Feng Xiang.