HAJIJI!! RAKYAT SABAH SENTIASA BERSAMA MU, SUSULAN MKN SANGGAH ARAHAN LONGGAR SEKTOR...

HAJIJI!! RAKYAT SABAH SENTIASA BERSAMA MU, SUSULAN MKN SANGGAH ARAHAN LONGGAR SEKTOR EKONOMI

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun dalam satu kenyataan media rasmi mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0…

KOTA KINABALU, SABAH – Keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tidak menerima pakai arahan Ketua Menteri Sabah di dalam melonggarkan sekatan sektor ekonomi dibidas oleh sebahagian besar rakyat Sabah.

Memetik kenyataan Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat SOP yang berbeza ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memerangi COVID-19.

Ismail berkata, beliau turut mengesahkan bahawa wakil kerajaan negeri Sabah sudah diberitahu berhubung perkara itu ketika Sidang Khas MKN, semalam (28 Jun).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

“Kita beritahu bahawa Sabah mesti sama dengan setiap negeri di dalam negara…

“Sabah tak boleh berbeza, sedangkan negeri lain ikut SOP seperti yang diputuskan MKN,” katanya ketika sidang media di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada kelmarin (28 Jun) mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula hari ini (29 Jun) sebagai salah satu langkah awal pemulihan ekonomi di Sabah.

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

Hajiji turut berkata kebenaran makan di restoran (dine-in), kedai makan dan restoran hotel, selain pembukaan kedai menjual sayur, ikan dan buah di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Selain itu, turut dibenarkan adalah aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal.

Kenyataan itu juga membenarkan semua aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot.

Kerajaan GRS membenarkan ‘Dine’-in bermula 29 Jun 2021…

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah turut menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengeluarkan SOP dalam masa terdekat terhadap keputusan itu, tetapi MKN telah menyanggah keputusan tersebut.

Salah satu sebab pembukaan beberapa sektor ekonomi dilakukan di negeri ini adalah selepas melihat kadar kes jangkitan harian COVID-19 di Sabah masih terkawal dan kekal berada pada TIGA (3) angka sehari.

Dalam pada itu sebilangan besar rakyat Sabah yang ditemui berkata mereka menzahirkan rasa kurang senang dengan layanan MKN terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Kami berikrar akan sentiasa bersama dan menyokong penuh keputusan Ketua Menteri Sabah..

“Kami ingin menasihati pemimpin-pemimpin di peringkat Persekutuan, tolong hormat Ketua Menteri kami,” kata mereka.

“Slogan We Stand With CM” yang ditularkan oleh rakyat Sabah…

Mereka turut berkata “bukankah Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan kuasa bagi Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet negeri yang dilantik sebelum proklamasi terbabit, juga boleh menjalankan kuasa eksekutif negeri sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

“Malah, kuasa perundangan untuk membuat undang-undang subsidiari di bawah undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri hendaklah terus dijalankan oleh orang yang diberi kuasa oleh undang-undang itu.

“Kami berharap agar Menteri Kabinet GRS juga diminta untuk senada dalam mengekalkan kuasa Autonomi negeri Sabah,” demikian menurut sebilangan besar rakyat Sabah selepas ditemui oleh wartawan SabahNews.