ISTERI KM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KEMPEN SAYANGI KELUARGA &...

ISTERI KM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KEMPEN SAYANGI KELUARGA & JHEWA

0
SHARE
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima cenderamata daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Hajah Haslina Ismail semasa kunjungan hormat JHEWA kepada beliau di Rumah Yayasan Sabah, hari ini....

KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Pelaksana Program Kempen Sayangi Keluarga dan Program Tabah diketuai oleh pengerusinya, Hajah Myrna Jimenez di rumah Yayasan Sabah, hari ini.

Myrna yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMDKR) menyampaikan jemputan kepada Juliah untuk merasmikan program itu yang akan diadakan di Tuaran pada 13 September 2022.

Dalam taklimat ringkasnya kepada Juliah, Myrna berkata Program Kempen Sayangi Keluarga dan Program Tabah (Tegas Amanah Berani Adio Harmoni)  dianjurkan oleh KPMDKR dan Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Negeri Sabah.

Katanya, kedua-dua program itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap warga emas, disamping memberi kesedaran dan keinsafan mengenai penyalahgunaan dadah.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (tengah) menerima surat jemputan daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMDKR) Hajah Myrna Jimenez semasa menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Pelaksana Program Kempen Sayangi Keluarga dan Program Tabah di Rumah Yayasan Sabah, hari ini….

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Hajah Haslina Ismail yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Negeri Sabah, Ketua Uni KPMDKR, Puan Siti Mona Aspinah dan Setiausaha Eksekutif PEMADAM Negeri Sabah, Puan Jossie Ansilmus.dan

Sementara itu, Haslina turut memperkenalkan barisan pengurusan JHEWA kepada Juliah.

Beliau juga memberi taklimat berkenaan program baharu jabatan itu -Program JHEWANITA “Memperkasa Kelestarian Ekonomi Tahun 2022” yang akan diadakan tahun ini di Tuaran, melibatkan peserta terdiri daripada ibu tunggal dan Wanita B40.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) menggesa JHEWA bekerjasana dengan NGO’s lain Dalam membantu memperkasa ekonomi ibu tunggal dan golongan B40 di Sabah.