Kerajaan Negeri Berharap Pembinaan ‘Sailo’ Baharu Dapat Tampung Permintaan Pasaran Simen Di...

Kerajaan Negeri Berharap Pembinaan ‘Sailo’ Baharu Dapat Tampung Permintaan Pasaran Simen Di Sabah

0
SHARE
Dr. Joachim Gunsalam menerima cendera kenangan selepas mengadakan lawatan kerja ke CIS, Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan satu lawatan kerja ke Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd (CIS).

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian telah diberikan taklimat oleh Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof termasuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat berkenaan seperti kenaikan kos bahan mentah, kesan kadar tukaran matawang asing, tiada perubahan pada harga jualan dan diburukkan lagi dengan keadaan pandemik COVID-19.

Dr. Joachim berkata, dengan pembinaan ‘sailo’ (silo) yang baharu, pengeluaran simen akan lebih banyak untuk menampung permintaan pasaran di Sabah khususnya.

Dari aspek korporat pula, Dr. Joachim berharap CIS dapat mencari kaedah dalam mengurangkan kos pembuatan, meningkatkan produktiviti serta mencari keuntungan syarikat.

Dengan Itu, CIS akan dapat memberi dividen yang memberangsangkan kepada Kumpulan SEDCO dan kerajaan negeri amnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian dan timbalan, Thomas Logijin dan Tseu Kei Yue; Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Hj Pengiran Saifuddin Tahir; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan; bersama pegawai Kementerian.