Semburan Hidung Dipercayai Terbukti Bunuh 99.99% Virus COVID-19

Semburan Hidung Dipercayai Terbukti Bunuh 99.99% Virus COVID-19

0
SHARE

OTTAWA, KANADA – Satu laporan penyelidikan yang dihasilkan di Kanada memaklumkan bahawa semburan hidung dipercayai terbukti membunuh 99.99 peratus (99.99%) virus COVID-19.

Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan virus COVID-19 dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus berkenaan, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap kemudaratan gejala yang dialami.

Semburan yang dikembangkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize, berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.

Ia juga menghalangnya daripada menetas dan masuk ke dalam paru-paru, berdasarkan keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus (95%).

Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99 peratus.

Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester, berkata beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi ‘senjata terbaru’ dalam melawan COVID-19.

“Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan COVID-19 yang saya harap akan membantu perang masyarakat dunia melawan pandemik coronavirus,” katanya.