Kerajaan Putuskan ‘Total Lockdown’ 14 Hari Di Seluruh Negara Bermula 1-14 Jun...

Kerajaan Putuskan ‘Total Lockdown’ 14 Hari Di Seluruh Negara Bermula 1-14 Jun 2021

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Semua sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi sepanjang tempoh ini kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan diperincikan oleh pihak MKN kelak.

Perkara itu diputuskan selepas satu sidang Khas Media Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang mana dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Keputusan ini juga dibuat susulan kes penularan COVID-19 dalam negara yang kini melebihi 8,000 kes yang mana setakat ini telah mengakibatkan seramai 2,552 orang telah meninggal dunia.

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (28 Mei 2021) sebanyak 2,052 KES daripada keseluruhan 8,290 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan ini.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri petang tadi juga memaklumkan sekiranya ‘total lockdown’ Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ Fasa Kedua, untuk tempoh 4 minggu selepas Fasa Pertama berakhir iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar.

Fasa Ketiga pula akan dilaksanakan selepas berakhirnya Fasa Kedua dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seperti mana yang berkuat kuasa pada masa ini.

Walau bagaimanapun, keputusan peralihan dari satu fasa ke satu fasa adalah tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan akan memperincikan PAKEJ BANTUAN kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan dalam tempoh terdekat ini.

Kerajaan turut menasihati rakyat Malaysia agar terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, STAY AT HOME.

Berikut adalah kenyataan media daripada Pejabat Perdana Menteri yang tular sejak petang tadi berhubung keputusan ‘Total Lockdown’ oleh Kerajaan;