Kerajaan Sabah Peruntuk Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ Sejak 2022

Kerajaan Sabah Peruntuk Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ Sejak 2022

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak 4,482 Rumah Mesra SMJ kepada golongan miskin tegar di negeri ini sejak tahun 2022 hingga sekarang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyediaan bantuan perumahan di bawah Program Rumah Mesra SMhJ adalah salah satu teras utama dalam Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah. 

Justeru itu, jelas beliau, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diperuntukkan sebanyak 20 unit Rumah Mesra SMJ setiap tahun.

“Sepanjang tempoh tiga tahun ini, sebanyak 4,482 Rumah Mesra SMJ telah diperuntukkan dan setakat ini, sebanyak 1,709 unit rumah telah disiapkan serta diserahkan kepada isi rumah miskin tegar. 

“Selain itu, seramai 264 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan baik pulih rumah di bawah seliaan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.