Kerana Hajiji, Lebih 1,000 Pelancong Cina Minum Teh Di Sabah

Kerana Hajiji, Lebih 1,000 Pelancong Cina Minum Teh Di Sabah

0
SHARE
Chan
Chan (kiri) bersama Presiden Hangjia International Ho Tsai Ping pada majlis minum teh itu

KOTA KINABALU, SABAH – Lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ke Shenzen pada November tahun lepas menyebabkan kira-kira 1024 peminat teh terutamanya dari negara China bagi mengadakan majlis minum teh secara besar-besaran di Sabah.

Fasilitator acara di Magellan Sutera pada Ahad, Datuk Jackson Lee, berkata tetamu datang dari Macau, Hong Kong dan juga Ukraine.

“Inisiatif Ketua Menteri yang mencetuskan masyarakat Cina ke Sabah. Sebelum ini, Hangjia International mengadakan acara mereka di Turki.

“Ini kali ketiga mereka di Malaysia selepas Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kumpulan itu datang pada hari Sabtu dan akan berlepas pada Khamis.

“Kumpulan ini menggabungkan percutian dengan keghairahan untuk minum teh..Mereka juga akan meneroka Gunung Kinabalu, Pulau Mantanani dan Gaya.

“Mereka juga berpeluang merasai bancuhan teh Sabah dan moga-moga ini dapat lebih menarik minat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin yang turut hadir berkata sudah tentu impak ekonomi akan dirasai dengan kehadiran pelancong.

“Secara puratanya seorang pelancong akan membelanjakan atau membawa bersama mereka sekurang-kurangnya RM3,000.

“Mereka pada mulanya mahu mengadakan acara ini di Bali, Indonesia tetapi dengan beberapa perbincangan manis ia dilakukan di sini,” katanya.

Tambahnya, Malaysia juga berkongsi budaya Kopitiam, dengan teh tarik dan yum cha (minum petang) dan golongan belia yang kebanyakannya menggemari ‘boba tea’.