Konsert Wali X Setia “Cari Jodoh & Dawai” In Penang Berjaya Direalisasikan

Konsert Wali X Setia “Cari Jodoh & Dawai” In Penang Berjaya Direalisasikan

0
SHARE
Konsert
Sekitar Konsert Wali X Setia "Cari Jodoh & Dawai" In Penang ( Sumber Foto: Ihsan Orange International )

KUALA LUMPUR – Konsert Wali X Setia “Cari Jodoh & Dawai” In Penang yang dianjurkan Orange International (OI) telah berjaya direalisasikan khusus untuk peminat di utara.

Antara artis yang terlibat dalam persembahan adalah kugiran pop Wali Band, Charly Setia Band, Fadhilah Intan selain kemunculan penyanyi popular Malaysia, Saixse dan juga Khai Bahar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap
Pengasas Orange International, Datuk Fadzli Idrus berkata pihaknya amat berpuas hati dengan kejayaan konsert terbabit yang disifatkan luar biasa.

“Pada mulanya, hanya Wali Band sahaja yang akan menjadi main act, tetapi seakan bulan jatuh ke riba apabila Charly Setia pula berminat untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan.

“Ia merupakan bonus tidak ternilai buat siapa yang menontonnya kerana kami menawarkan tiket pada harga yang sama,” katanya.